Make your own free website on Tripod.com

 

KATA-KATA ALUAN

 

PENGARAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA

 

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada MRSM Beseri kerana memberi peluang kepada saya menulis kata alu-aluan sempena Jambori Pengakap MRSM Se-Malaysia kali ke-13.

 

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniahkepada MRSM Beseri kerana dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini.  Semoga aktiviti-aktiviti yangdirancang berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.

 

Jambori Pengakap bukan sekadar menyediakan peluang kepada para peserta menunjukkan bakat atau keunggulan diri masing-masing melalui aktiviti-aktiviti atau pertandingan-pertandingan yang disertai, tetapi merupakan suatu kesempatan untuk pendedahan awal para peserta ke arah melahirkan warga yang berketerampilan dan berdisiplin.

 

Dengan adanya aktiviti-aktiviti perkhemahan seperti ini diharap dapat menjalinkan sikap kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain, di samping menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta bagi melahirkan generasi muda berkualiti cemerlang ke arah penerokaan diri, kepercayaan diri, bersemangat dedikasi, bertangungjawab, amanah, jujur serta mempunyai daya saing yang positif ke arah kemajuan negara.

 

Kepada semua peserta, selamat menjayakan Jambori kali ini, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

 

Sekian, terima kasih.

 

t.t

 

HJ. AHMAD ROSLAN BIN JOHARI

Pengarah

Pendidikan Menengah MARA