Make your own free website on Tripod.com

PERUTUSAN

Ketua Pengarah MARA

 

            Saya mengucapkan tahniah kepada Pengurusan MRSM Beseri, Perlis kerana dipilih menganjurkan Jambori Pengakap MRSM Se-Malaysia Ke-13 pada tahun ini.  Selaku tuan rumah, MRSM Beseri berupaya merealisasikan aktiviti Jambori ini dalam suasana yang permai dan ceria.  Saya juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan semua MRSM yang mengambil bahagian dalam aktiviti tahunan ini; dan sekaligus mengucapkan selamt datang ke MRSM Perlis kepada semua anggota Kontinjen Pasukan Pengakap, dari MRSM seluruh negara.

 

Perhimpunan ini sangat bernilai, terutama kepada pelajar-pelajar.  Aktiviti seumpama ini sudah tentu memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar-pelajar di samping dapat berinteraksi dalam suasana yang penuh dengan unsur-unsur pembelajaran dalam pelbagai aspek terutama kepimpinan dan kerja berpasukan.  Ia memberi ruang yang lebih terbuka kepada pelajar-pelajar memperlihatkan bakat dan kebolehan dalam berorganisasi, mengukuhkan semangat kekitaan dan yang penting saya rasa ialah menyemai  ciri-ciri kepimpinan.

 

Saya berharap aktiviti seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar menjadi lebih yakin kepada keupayaan diri, berfikiran terbuka, inovatif dan produktif dalam gerak kerja serta memiliki kualiti  kepimpinan .  Di samping itu, Jambori ini dapat memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan persefahaman yang lebih kukuh bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar bahkan di kalangan guru-guru yang terbabit.

 

Akhir kata, saya mengucapkan selamat sejahtera, semoga usaha dan amalan baik kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

t.t.

 

( Dato’ Mohd Mydin bin Mohd Sheriff )

Ketua Pengarah MARA.