Make your own free website on Tripod.com

PERUTUSAN

 

  Yang Amat Berhormat

Menteri Besar Perlis

 

            Saya berterima kasih kepada pihak MRSM Beseri selaku Pengelola Jambori Pengakap MRSM ke-13, yang memperuntukkan ruangan berharga ini kepada saya untuk merakamkan kata-kata aluan kepada semua peserta.  Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Negeri Perlis Indera Kayangan”, negeri terkecil, indah menawan.

 

            Selaku Penaung Persekutuan Pengakap Negeri Perlis saya amat berbangga dan berbesar hati serta merasa diberi penghormatan tinggi apabila MRSM Beseri terpilih sebagai tuan rumah Jambori tahun ini.  Saya menganggap peristiwa ini sebagai acara rasmi Persekutuan Pengakap Negeri Perlis.

 

            Secara tradisi, Jambori adalah perhimpunan tahunan yang dinanti-nanti oleh setiap ahli  pengakap kerana melalui Jambori mereka berkesempatan menunjukkan bakat, kebolehan, dan kemahiran dalam pelbagai bidang, yang mana semua aspek ini adalah satu keperluan utama dalam mengimbangi kehidupan remaja yang semakin tandus dengan nilai-nilai budaya bangsa.  Saya berharap nilai-nilai perpaduan, kasih sayang dan hormat menghormati akan terjalin melalui Jambori yang bersejarah ini.

 

            ”Selamat Maju Jaya”

 

 

t.t

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim,

Menteri Besar Perlis.