Make your own free website on Tripod.com

KATA ALUAN

 

YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN

 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MRSM Beseri yang telah dipilih sebagai Pengelola Jambori Pengakap MRSM Se-Malaysia ke-13 pada tahun ini.  Saya yakin pengelolaan yang cemerlang akan memberi manfaat maksimum kepada semua peserta.

 

Setelah meneliti objektif Jambori yang diadakan setiap tahun saya percaya ia telah digubal sedemikian rupa untui memenuhi syarat pendidikan cemerlang yang mementingkankeseimbangan antara pencapaian akademik yang cemerlang dan penglibaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.  Jambori adalah gelanggang memupuk persefahaman dan persaingan sihat antara peserta yang mengambil bahagian.

 

Penggiliran tuan rumah telah memberi peluang menarik dan berharga kepada peserta untuk meluaskan pemandangan dan menimba ilmu pengetahuan di luar kurikulum yang ditetapkan.  Penerapan nilai-nilai murni seperti berdikari dan kreatif akan dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

 

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta, semoga Jambori ke-13 ini akan memahat kenangan abadi yang sukar dicari.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

t.t

 

DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia