Make your own free website on Tripod.com

KATA-KATA ALUAN

 

PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERLIS

 

Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi penghormatan menyampaikan kata-kata aluan dalam buku program sempena Jambori Pengakap MRSM Se-Malaysia mulai pada 2 hingga 5 September 2001 bertempat di Kem Pengakap, Sungai Batu Pahat, Perlis.

 

Saya juga berasa bangga bahawa Pengakap Negeri Perlis dapat bersama-sama menjayakan Jambori Pengakap MRSM.  Jambori pada peringkat Kebangsaan ini diadakan buat kali pertama di Negeri Perlis.  Itu mencerminkan kemampuan semua pihak yang terlibat untuk melaksanakan perkara-perkara harian seperti disiplin, kerjasama, semangat berdikari, daya tahan mental, rohani dan fizikal dan nilai-nilai murni.

 

                Saya suka mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya khasnya kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola atas kejayaan mengadakan Jambori ini.

 

“SELAMAT BERPENGAKAP, SELAMAT JAMBORI”

 

t.t

HO THEAN SUNG

Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis