Make your own free website on Tripod.com

KATA ALU-ALUAN PENGETUA MRSM BESERI PERLIS

 

Saya merasa amat bangga kerana berpeluang merakamkan rasa hati dalam ruang berharga ini untuk mengucapkan selamat datang ke Negeri Perlis Indera Kayangan kepada semua peserta.

 

                Memikul tugas sebagai Tuan Rumah Jambori 2001 kali ke-13 adalah satu penghormatan kepada kami di MRSM Beseri.  Hendaknya kehadiran semua peserta, pelajar dan guru untuk menjayakan Jambori kali ini akan meninggalkan kenangan bersejarah.  Jambori Pengakap adalah acara tahunan yang diadakan bertujuan murni memupuk minat, mengasah bakat serta membina semangat bermuafakat di kalangan peserta.

 

                Menghayati semua aspirasi ini wajarlah para peserta menghayati objektif Jambori agar dapat melestarikan kehidupan yang mulia dalam era ketandusan dan ketipisan budaya agar selari dengan tema yang dipilih tahun ini “Berdikari Asas Jati Diri”.

 

Jayakan Jambori ke-13!

 

 

t.t

SHAARIAH BINTI DAHMAN

Pengetua,

Maktab Rendah Sains MARA Beseri,

Perlis