PERATURAN-PERATURAN

PERKHEMAHAN

 

1.                 Undang-undang Pengakap adalah peraturan Kem Pengakap, Sungai Batu Pahat, Perlis.

2.                 Pengguna/Peserta tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Negara/Negeri.

3.                 Pengguna wajib menjaga kebersihan kawasan yang digunakan untuk aktiviti dan wajib bersihkan kawasan setelah kawasan berkenaan digunakan.

4.                 Pokok-pokok dalam kawasan Kem tertakluk kepada Akta Perhutanan/Alam Sekitar .  Antaranya:-

 

a)    Pokok-pokok yang ditanam harus dipelihara dengan baik

b)    Elakkan merosak atau menebang pokok/cabang

c)    Elakkan pembakaran terbuka

 

5.                 Bangunan Utama, bilik air dan tandas harus dibersihkan selepas digunakan atau sebelum tinggalkan Kem.

6.                 Gunakan air dan elektrik dengan jimat.  Elakkan pembaziran.

7.                 Sebarang sambungan dawai elektrik tidak boleh dibuat tanpa kebenaran atau persetujuan Jawatankuasa Kem Pengakap.

8.                 Kerusi dan meja dalam bangunan utama tidak dibenarkan bawa keluar.

9.                 Buangkan sampah ke dalam lubang sampah yang disediakan.

10.            Gunakan hanya kawasan perkhemahan yang dibenarkan.  Guna bag plastik untuk sampah.

11.            Sebarang kerosakan wajar diberitahu dan digantikan.

12.            Pihak pengelola Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kemalangan, kehilangan atau kecederaan yang berlaku kepada pengguna/peserta Kem.

13.            Pihak Pengelola Kem Pengakap berhak untuk mengenalpasti bahawa pengguna Kem mengikut syarat dan tujuan permohonan.

14.            Sebarang bayaran perlu dibuat sebelum tarikh masuk Kem.

15.            Elakkan buang sampah ke dalam telaga dan kolam.

16.            Memasak dalam ruang bangunan utama dilarang.

17.            Hormati ruang/kawasan sembahyang/beribadat.

18.            Tidak dibenarkan menjual sebarang bahan makanan mentah/berbau di sekitar bangunan utama.